Pengertian Homestay

Homestay merupakan satu bentuk industri pelancongan dimana pengunjung atau tetamu dibenarkan menyewa bilik bersama-sama dengan keluarga tuan punya rumah. Segala keperluan akan disediakan oleh tuan punya rumah. Dengan cara ini tetamu tadi dapat mempertingatkan kemahiran seperti pertuturan dan cara hidup penduduk tempatan. Menyewakan homestay dapat menambah pendapatan keluarga tempatan tadi. Pada asalnya banyak diamalkan oleh institusi pendidikan untuk menempatkan pelajar di rumah-rumah homestay bagi tujuan pembelajaran.

Walaubagaimanapun, pada masa kini, pengertian homestay telah berubah dimana ianya dibuka kepada sesiapa sahaja yang memerlukan penginapan terutama rombongan yang sedikit besar bilangannya dan sukar untuk mencari hotel yang bersesuaian dengan budget yang terhad. Menyewa sebuah homestay dapat minjimatkan perbelanjaan.

No comments :

Post a Comment

Post a Comment