Gaya Street

Gaya Street adalah salah satu bazar terkenal yang terdapat di Kota Kinabalu yang wajib dikunjungi apabila berkunjung ke Negeri Di Bawah Bayu ini. Gaya street dibuka setiap hari Ahad iaitu bermula dari jam 6 pagi sehingga jam 1 petang. Kesesakan di sekitar Gaya Street dan kesukaran mencari tempat ‘parking’ menunjukkan bahawa pasar ini sememangnya menjadi pilihan penduduk tempatan malah juga para pelancong untuk mendapatkan pelbagai jenis barangan.

Gaya Street,diibaratkan seperti ‘one stop centre’. Hal ini kerana Gaya Street menawarkan bermacam-macam jenis barang yang boleh didapati di gerai-gerai sepanjang Jalan Gaya ini seperti kraftangan tradisional,cenderamata,pakaian,makanan,snek,kuih-muih,,haiwan peliharaan,kasut, aksesori wanita,perhiasan rumah dan bermacam-macam lagi.


Entrance Gaya Street








Pelbagai pakaian

Pelbagai pakaian

         



  











Snek tempatan







Kuih-muih









Haiwan peliharaan - kucing

Haiwan peliharaan - tikus
















No comments :

Post a Comment

Post a Comment